
|
Miss Blossom ![]() Nor Izzaty . UiTM Shah Alam. 21 .
| Inspirasi .
Assalamualaikum ,
Lelaki yang satu ,
Kau inspirasiku dari jauh .
Walaupun tak tergapai tangan mu ,namun itu bukan pemisah buat kita .
Dunia kita berbeza ,aku sedar akan itu ,tapi bukankah ke tanah jua kita akhirnya ?
Lelaki yang satu ,
Kepelikkan mu membuatku terkesima ,
Kau satu dalam sejuta ,
Kau memahami dan kau juga prihatin .
Lelaki yang satu ,
Kelincahan mu membuatku gembira ,meluat, sedih dan pelbagai rasa yang apabila digabungkan menjadi hidup.
Kau mengajar diri ini tentang bukaan mata yang luas terhadap dunia .
Kau mengajarku membaluti tubuh yang terbuka selama 17 tahun yang lepas .
Kau banyak berjasa kepada diri ini ,lelaki .
Lelaki yang satu ,
Angan-angan ku tinggi ,ingin menjadikan kau imam kepada keluargaku suatu hari nanti .
Aku ingin melihat kau membimbing keluarga menjadi keluarga yang soleh dan baik .
Aku juga ingin menjaga dirimu dengan rapi .Aku tidak ingin menyakitimu lagi ,lelaki .
Walaupun minat kita jauh berbeza ,tapi aku mampu mendengar walaupun aku kurang arif mengenainya .
Lelaki yang satu ,
Dengarlah aku berbicara ,
Sesungguhnya hatiku sudah tertambat oleh mu .
Aku akan berusaha ,
Walaupun aku gagal membuka hatimu .
Lelaki yang satu ,
Semoga Allah s.w.t merahmati kita .
Amin .
Bismillahiramanirrahim ♥
|