//Official Babbling Page !
Miss Blossom


Nor Izzaty . UiTM Shah Alam. 21 .


Listen

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Re-Edited By: Yayable



Nothing -The Script

Assalamualaikum ,
Pada waktu malam yang likat itu ,
Aku ditemani adik ,kemana tu tak perlu tahu .
Tangan ligat memutarkan stereng kereta .
Minda ku melayang .Namun mata tetap menumpu sebatang jalan yang sesak dengan manusia yang egois dengan kereta-kereta mewah mereka ,memotong sesuka hati .Nak dibandingkan dengan kereta aku,apalah sangat.
Hidung ditusuk bauan rose yang aku beli daripada kedai 2 ringgit ,tapi tahan lama juga .Harga bukan penentu.
Siaran 92.9 fm menemani malam yang sunyi selain deruan enjin yang mengaum di kiri dan kanan kereta ku .Hampir 15 minit memulakan perjalanan ,dengan kebosanan menungu agenda jalan raya yang sesak berakhir dengan satu simpang pemisah ,terkeluar di corong speaker lagu Nothing By The Script .
Mindaku tertumpu kepada irama yang dialunkan .Dan fikiranku melayang mengenang setahun yang lepas .
Aku mengenali lagu dan kumpulan ini semasa bekerja di GAP .Aku terkenang betapa seronoknya aku mula diterima bekerja ,mula bekerja ,mula berkawan ,mula menyukai ,mula memilih dan mula melihat .Aku lupa lagu ni dimainkan di trek nombor berapa .Aku suka bekerja di situ ,suka sangat .
Persetankan itu semua .Yang berlalu tak mungkin berulang .
Aku meneruskan perjalanan setelah tiba disimpang itu .DJ mula bersuara dan melenyapkan kenangan yang aku simpan setahun yang lalu .