
|
Miss Blossom ![]() Nor Izzaty . UiTM Shah Alam. 21 .
| Separuh aku .
Assalamualaikum ,
Dear readers ,
Semakin hari aku terasa semakin sakit ,sesaknya tak terkata .
Kini ,aku dalam bahaya .
Aku dah tak boleh nak lari kemana-mana .
Aku harus berjuang demi masa depan yang cerah .
Namun ,aku takut ,aku sedih ,aku tertekan ,aku marah ,aku rindu ,aku gembira ..
Semua tu bercampur menjadi Satu .
Tapi ,sementara menunggu detik untuk berperang dengan minda ,
semua menjadi separuh .
Kenapa separuh ?
Sebab kalau kalau aku hilang semuanya ,
aku mati .
Dan jika aku peroleh kesemuanya sekali ,
aku mati .
Takut ;
Terima kasih kerana menjadi separuh daripada hidup ini .Kalau kau tak ada ,aku mungkin akan leka dan gembira tak ingat dunia .
Sedih;
Terima kasih kerana menjadi separuh daripada hidup ini .Kalau kau tak ada ,aku mungkin akan jadi keras hati dan ego .Kau pelembut kepada yang keras .
Tekanan;
Terima kasih kerana menjadi separuh daripada hidup ini .Kalau kau tak ada ,mungkin aku terlalu selesa dengan apa yang aku ada tanpa berusaha untuk mendapatkan yang lebih .
Amarah;
Terima kasih kerana menjadi separuh daripada hidup ini .Kalau kau tak ada ,mungkin aku akan diperlekeh semua orang dengan mudah .Jadilah api yang sederhana dalam diriku .Kerana aku tidak mahu ditindas .
Gembira;
Terima kasih kerana menjadi separuh daripada hidup ini .Kalau kau tak ada ,mungkin aku akan dikuasai 4 elemen di atas .Jangan pernah penat untuk membuat aku tersenyum lebar dalam menjamah hidup ini .
dan
Rindu;
Terima kasih kerana menjadi separuh daripada hidup ini .Kalau kau tak ada ,tak lengkap hidup yang termaktub fitrahnya sebagai pendamping manusia .Rindu bergabung dan membentuk segala-galanya .
Namun ,aku harus tinggalkan rindu lebih dari segala-galanya .Aku akan kembali .Mencapai rindu yang aku korbankan kini .Tunggu aku jika ingin rindu dibalas .
Aku akan berusaha untuk lakukan yang terbaik .
Aku boleh .
IzzatyJeff .
|