//Official Babbling Page !
Miss Blossom


Nor Izzaty . UiTM Shah Alam. 21 .


Listen

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Re-Edited By: Yayable



Azam bin Berjaya .

Assalamualaikum ,
Sejuk malam ni .Malam terakhir di tahun 2012 .Hujan renyai-renyai ,memberi rasa sejuk kepada hidupan bumi .Alhamdulillah kepada-Nya .
Cakap pasal tahun baru ,pasti ada azam baru .Soalan yang sangat familiar dikalangan kita semua "Weh ,apa azam tahun baru kau ?"Dan macam-macam jawapan yang kita akan dengar .Ada yang sampai tak masuk akal pun ada .Tapi ,yang tak masuk dek akal tu lah yang ada kalanya membawa sejuta makna buat si pelaku .
Memang ,hidup memang penuh dengan dugaan .Sama ada kita mahu atau tak mahu je untuk tempuhinya .Macam aku ,aku masih mentah .Aku masih tak kenal apa itu dunia luar daripada sekolah .Ya ,aku masih mentah .Tapi ,daripada sesuatu yang mentah itu akan memuntahkan sesuatu yang sangat berharga .Contohnya petroleum sudeh lah .
Azam tahun baru aku ..Hmmm penat aku fikir .Selalunya aku nak hit benda-benda yang common .Nak belajar rajin-rajin lah ,taknak tinggal solat lah ,taknak ponteng sekolah lah .Biasa kan ? Memandangkan aku pun dah habis sekolah ,mungkin aku kena Uuuubah sikit pemikiran bawah tempurung kelapa aku ni .
"Kalau kita susah ,tak ada siapa yang akan tolong kita melainkan diri kita sendiri "
"Mana ada benda nak senang je dalam dunia ni ? "
"Apa yang tak berisiko dalam hidup ?"
Bla bla bla ..Selalu lah dgr benda-benda cenggini time sekolah dulu .Tapi bila lama kelamaan ,baru aku sedar ,semua kata-kata kat atas tu ada isi tersiratnya .Tak ada bayi yang terus berlari bila baru lahir .Tak ada .Perlukan masa .Ya ,masa .Cenggitu jugak aku .
Betul kata Papa dengan Abang .Aku setuju .Aku rasa aku dah tahu apa nak aku isi dalam borang Azam Tahun Baru .Ya Allah ,aku terkadang keliru juga ,namun aku perlukan-Mu untuk membantu ku untuk memilih jalan yang lurus .
Dua Ribu Tiga Belas - masa untuk keluar dari kotak .
Selamat malam semua ! xx
*Mana lah tau ,dia mampu bawa family dia pergi melancong di Pulau Mauritius :)