//Official Babbling Page !
Miss Blossom


Nor Izzaty . UiTM Shah Alam. 21 .


Listen

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Re-Edited By: Yayable



Alhamdulillah ,rezeki di September .

Assalamualaikum ,
Dear readers ,maybe entri kalini agak sedikit emo .Hahaha.
Alhamdulillah ,berkat usaha Jaty dan mama papa serta keluarga akhirnya berhasil .
Apa yang Jaty nak akhirnya Jaty dapat .Permohonan untuk kursus sarjana muda yang Jaty
apply tempoh hari akhirnya diluluskan .Ya Allah masa check result on 23rd July haritu ,macam pelik je
sebab dia still tulis "Sedang Diproses" .Rupa-rupanya salah tekan .Hahaha .Lepas je call abang UiTM tu ,
barulah dia tunjuk direktori yang betul .Haaa masa baca tu ,bergenang air mata ni .Ini bukan drama !
Menjerit dekat tempat kerja tu .Betapa happynya Jaty dengan apa yang Jaty dapat .Syukur ya Allah syukur !


Im taking part time study since i made this decision when im took STPM last year .Even result Jaty tak begitu memberansangkan macam kawan-kawan lain,namun Jaty tawakal dan Jaty berusaha .
Sebab Jaty percaya ,rezeki masing-masing telah ditetapkan .
Jaty tau ,mesti ada orang fikir yang Jaty ni pakai orang dalam lah ,apa lah .Tak .Tak sama sekali .
Jaty apply ikut syarat-syarat yang ditetapkan dan untuk program yang ditawarkan ni ,ia tepat dengan syarat yang ditetapkan .Tapi bukan bermakna belajar e-PJJ ni senang .Susah .Jaty nak fokus kerja ,belajarnya lagi tapi Jaty tak nak jadikan ini semua sebagai satu alasan .Ini yang Jaty nak .Jaty terima dengan redha .
Even banyak orang yang mula melemahkan Jaty ,cakap "Amiklah full time ,kau tak akan mampu " "Wehh susah wehh nanti kau penat " "LIMA TAHUN ?! PERGHHHH lama gila " haa macam-macam lagi lah .Kengkadang sakit pulak lubang telinga ni .Tapi nak buat apa ,mulut orang kan .Nak taknak kita
telan jelah .Diri kita .Hanya kita yang tau apa yang kita mahu .Kannnnn !

So pengajian Jaty akan berlanjutan sehingga ke semester 10 *wuuu 10 sem ? krik krik krik ..
No wonder lah lama .Kelas yang ditawarkan pun kurang berbanding full time .
Setiap sesi perbincangan akan dilakukan melalui kelas maya *jalur lebar menyatukan kami" dan hanya 5-6
kali je Jaty dan students lain akan pergi ke kampus hadiri kelas/taklimat .
So ini kursus-kursus yang ditawarkan .Cekidauttt !








   Sem 1 dah start pressure dia .Dah lah eden ni lemah add maths .Ada pulak subjek seakan tu .Haaa mintak nyawa lah teman lepas ni :p Hopefully ada lah geng-geng satu kos yang suka lepak ulang kaji time hari cuti .
Tapi alhamdulillah .Alhamdulillah .Alhamdulillah . InsyaAllah kesemua 10 sem akan dihabiskan dengan jayanya .Apayang saya harap ,keluarga dan teman-teman dapat memberikan sokongan kepada Jaty untuk terus maju kehadapan .Bukan bent Jaty macam nak rak .Okay ? Please ?rasa lah sikit masin tu kalau baca entri ni .

  Tak sabar nak mulakan kuliah ,nak ada laptop baru *guna duit sendiri okay * ,nak rasa jadi seorang pelajar balik ,nak attend koko .Hahaha mesti lawak :P Kalau ada kelas dekat kampus ,boleh jumpa Abang Jiyafah Jaty .Katanya fakulti dia bersebelahan fakulti Jaty je .Ngehh ngehh ngehhh .Kebetulan :B


Sarjana Muda Sains Pentadbiran ,
On behalf UiTM ,thats my main aim !





Blossom